Oh! Negara
60,000 Pelajar Sekolah B40 Bakal Dapat Lesen Motosikal Percuma
Program MyLesen B2 Sekolah bantu 60,000 pelajar B40 dapat lesen motosikal percuma tahun 2026.
Ramai pelajar sekolah sekarang memang bergantung kepada motosikal untuk pergi dan balik sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar.
Tapi apa yang menjadi masalah, masih ramai yang menunggang tanpa lesen sah dan perkara itu mula jadi perhatian serius kerajaan.
Terbaru, kerajaan mengumumkan seramai 60,000 pelajar Tingkatan 4 dan 5 daripada keluarga B40 bakal menerima lesen motosikal kelas B2 secara percuma menerusi Program MyLesen B2 Sekolah Tahun 2026 dengan peruntukan melebihi RM18.5 juta.
Program bantu pelajar dapat lesen sah

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata program ini diperkenalkan selepas kerajaan melihat ramai pelajar menunggang motosikal tanpa Lesen Memandu Malaysia yang sah.
Menurut beliau, situasi itu bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi turut membahayakan keselamatan pelajar kerana mereka menunggang tanpa kemahiran dan pengetahuan mencukupi.
Program ini dilaksanakan susulan keprihatinan kerajaan terhadap isu penunggang motosikal dalam kalangan pelajar yang masih tidak memiliki lesen memandu sah, khususnya di kawasan luar bandar.
Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan akses pelesenan yang sah di samping meningkatkan tahap kompetensi, kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan generasi muda.- Katanya.
Kemalangan motosikal libat ramai golongan muda

Anthony Loke turut mendedahkan bahawa lebih 6,000 kemalangan maut dilaporkan setiap tahun dan sebanyak 65 peratus daripadanya melibatkan penunggang serta pembonceng motosikal.
Apa yang lebih membimbangkan, majoriti kes tersebut melibatkan golongan muda berusia antara 16 hingga 25 tahun termasuk pelajar sekolah sendiri.
Sebab itu kerajaan mahu lebih ramai pelajar mempunyai lesen sah dan menjalani latihan menunggang dengan betul.
Program MyLesen sudah bantu ribuan peserta

Untuk korang yang tak tahu, Program MyLesen B2 sebenarnya sudah diperkenalkan sejak tahun 2023 lagi. Setakat ini, program tersebut sudah memberi manfaat kepada 30,000 peserta dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10.5 juta.
Dalam perkembangan sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut menyambut baik kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi memudahkan urusan pelajar mendapatkan lesen memandu melalui latihan berkelompok yang lebih tersusun.
Pssttt! Ohmedia nasihatkan korang yang masih belum ada lesen supaya jangan ambil mudah soal keselamatan jalan raya. Lesen bukan sekadar syarat atas jalan, tapi penting untuk pastikan korang tahu cara tunggang motosikal dengan betul dan selamat.
Kredit: FB Anthony Loke
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM