Connect with us

Oh! Media

Maybank Diarah Bayar RM166,000 Selepas Gagal Kesan Transaksi Mencurigakan

Ohmedia bank ganti rugi

Oh! Negara

Maybank Diarah Bayar RM166,000 Selepas Gagal Kesan Transaksi Mencurigakan

Maybank diperintah bayar RM166,000 selepas mahkamah dapati berlaku kecuaian pantau transaksi mencurigakan pelanggan.

Seorang pelanggan Maybank akhirnya mendapat pembelaan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pihak bank bertanggungjawab atas kecuaian memantau akaun pelanggan dengan baik.

Dalam keputusan itu, Maybank diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM166,000 kepada Chan Yan Li selepas mangsa mengalami kerugian akibat transaksi tidak sah yang berlaku pada tahun 2021. Selain itu, bank berkenaan juga perlu membayar kos tambahan RM15,000.

Wang dipindahkan dari akaun Maybank tanpa disedari

Kredit Foto Janaan AI

Menurut laporan kes, wang sebanyak RM166,000 itu dipindahkan dari akaun pinjaman Chan ke akaun simpanannya menerusi beberapa siri transaksi antara Jun hingga Julai 2021.

IKLAN

Lebih mengejutkan, wang tersebut kemudiannya dipindahkan secara berperingkat kepada individu yang tidak dikenali. Chan yang menjadi pelanggan Maybank sejak tahun 2000 mendakwa dia langsung tidak menerima sebarang SMS atau push notification berkaitan transaksi tersebut.

Menyedari wang simpanannya hilang, Chan terus membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

Mahkamah dapati ada percanggahan rekod

Ohmedia mahkamah tinggi rumah mont kiara
Kredit Foto Janaan AI

Semasa perbicaraan berlangsung, Hakim Maimoonah Aid mendapati terdapat percanggahan antara rekod syarikat telekomunikasi dengan laporan transaksi yang dikemukakan pihak bank di mahkamah.

Mahkamah juga mendapati tiada amaran SMS dihantar bagi beberapa transaksi tertentu walaupun ada transaksi berlaku pada awal pagi yang dianggap mencurigakan.

Fakta itu turut disokong dengan profil penggunaan Chan sendiri yang bukan pengguna aktif aplikasi Maybank2U dan hanya menggunakan platform tersebut secara terhad.

Aktiviti luar biasa sepatutnya jadi amaran awal

Kredit Foto Janaan AI

Dalam penghakimannya, hakim menjelaskan bahawa corak transaksi luar biasa yang berlaku secara tiba-tiba pada akaun mangsa sepatutnya menjadi tanda amaran jelas kepada pihak bank.

Corak aktiviti yang berlaku secara mengejut pada akaun mangsa dalam tempoh masa berkenaan adalah tanda amaran jelas bagi transaksi mencurigakan.- Katanya.

Hakim turut berpandangan pihak bank sepatutnya melakukan pemeriksaan atau siasatan lanjut sebelum transaksi tersebut diteruskan.

Pssttt! Zaman sekarang memang ramai guna perbankan online sebab mudah dan cepat, tapi korang pun kena sentiasa peka dengan setiap transaksi dalam akaun sendiri. Kalau nampak sesuatu yang pelik, terus hubungi pihak bank dan buat laporan supaya tindakan cepat boleh diambil.

Kredit: Asian Bank Finance
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas