Connect with us

Oh! Media

Penganjur Himpunan ‘Freedom for Palestine’ Dituntut Mohon Maaf! Peserta Dakwa Dilarang Laung Takbir Dan Dilabel ‘Zionis’

palestine

Oh! Negara

Penganjur Himpunan ‘Freedom for Palestine’ Dituntut Mohon Maaf! Peserta Dakwa Dilarang Laung Takbir Dan Dilabel ‘Zionis’

Hari ini, Ahad 22 Oktober 2023 sudah berlangsung satu perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka. Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung dengan penuh semangat dalam menuntut pembebasan rakyat Palestine bagaimanapun membangkitkan rasa tidak puas hati ramai peserta.

ADVERTISEMENT

Himpunan ini telah dianjurkan oleh pihak Viva Palestine Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dan mereka dikatakan telah meletakkan banyak syarat sehingga ada peserta yang mendakwa laungan takbir turut dilarang.

Rasa tidak puas hati peserta ini semakin memanas selepas penganjur melabelkan peserta yang hadir sebagai ‘zionis’ hanya kerana mereka membawa plakad memaparkan wajah Perdana Menteri Israil, Benjamin Netanyahu dengan slogan ‘Netanyahu Penjenayah Perang’.

Dah kenapa nak labelkan mereka macam tu? Lainlah kalau yang bawa muka plakad tu tulis slogan ‘Sayang Netanyahu’ atau sokong apa yang dilakukan pendatang haram!

Salah seorang peserta yang dikenali sebagai Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar tampil menjelaskan dialah individu yang bertanggungjawab membawa plakad terbabit.

Plakad yang papar Netanyahu ni saya buat malam tadi untuk bawa ke perhimpunan. Kami tiba dalam sekitar pukul 10 pagi. Masa 10 minit pertama pegang plakad tu tak ada masalah, sehingga seorang speaker terus menunjukkan jarinya ke arah kami supaya menurungkan plakad.

Apa salahnya saya? Adakah mesej yang saya bawa dengan menyatakan Netanyahu sebagai penjenayah perang adalah salah?

Dalam pada itu, ramai turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila penganjur tidak membenarkan peserta melaungkan takbit ‘Allahu Akbar’ dengan alasan himpunan disertai bukan Islam.

Kenapa mahu menganggap laungan tersebut bersifat ‘offensive’? Kita bukannya minta mereka melaungkannya. Kita bukannya mencetuskan keganasan.

Perhimpunan ini sepatutnya menyatu-padukan dan bukan untuk memecah-belahkan.

Buat korang yang ada sertai himpunan ni tadi, apa pula yang korang lalui? Diharapkan pihak penganjur tampil memberikan penjelasan.

Kredit: mStar | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas