
Oh! Tidak
Universiti Awam Dikompaun RM25K Gara-Gara Anjur Konsert Tanpa Kebenaran
Oleh
Pada
Baru-baru ini tersebar satu video menunjukkan sebuah Universiti Awam (UA) di Terengganu di mana penuntutnya dilihat sedang berhibur dalam satu program konsert yang dianjurkan.
ADVERTISEMENT
Terbaru, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif menegaskan pihaknya telah mengenakan kompaun sebanyak RM25,000 ke atas UA berkenaan. Pihak pengurusan UA telah diberikan notis kompaun terbabit kerana menganjurkan konsert tanpa kebenaran.
Universiti Awam tak mohon sebarang permit untuk adakan konsert…

Pengurusan UA terbabit diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal berbuat demikian.
Tindakan kompaun ini mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat hiburan 2002 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001.
Kredit: Berita Harian
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:Featured, Kompaun, Konsert, Terengganu, universitiawam
