Connect with us

Oh! Media

Influencer Buang Baju Dalam Sungai Melaka Kena Kompaun RM500

Oh! Tidak

Influencer Buang Baju Dalam Sungai Melaka Kena Kompaun RM500

Kreativiti menghasilkan konten di media sosial sememangnya tiada batas, namun apabila melibatkan pencemaran, pihak berkuasa tidak akan berdiam diri.

Terbaharu, seorang pereka pakaian dan pempengaruh TikTok dikenakan tindakan tegas selepas videonya membuang baju ke dalam Sungai Melaka menjadi tular.

IKLAN

Konten TikTok jadi punca dikenakan kompaun…

Menurut laporan Kosmo! Online, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenakan kompaun sebanyak RM500 terhadap lelaki tersebut.

Walaupun dia mendakwa pakaian yang dibuang telah diambil semula, tindakan itu tetap dikira sebagai satu bentuk pencemaran.

Tindakan kompaun dibuat pada Ahad lalu selepas pereka terbabit mengakui kesalahan tersebut seperti dalam video berdurasi 13 saat yang turut tular.- Kata Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) mengikut Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Ia menyatakan bahawa sebarang tindakan membuang sampah atau pakaian ke tempat awam seperti sungai boleh dikenakan denda sehingga RM500.

Walaupun influencer terbabit mendakwa ia hanyalah kali pertama perbuatan itu dilakukan demi konten media sosial, MBMB tetap memandang serius perkara ini.

Video berdurasi 13 saat itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang melihatnya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang mencemarkan ikon pelancongan negeri, manakala ada juga yang beranggapan ia sekadar konten tanpa niat buruk.

Namun MBMB tetap tegas bahawa perbuatan tersebut bukan saja menjejaskan imej kawasan pelancongan, malah bertentangan dengan undang-undang.

Pssttt! Buat pempengaruh dan pencipta konten, ingatlah bahawa tidak semua idea menarik wajar dilakukan, lebih-lebih lagi jika melibatkan tempat awam dan boleh mencetuskan pencemaran. Kreativiti memang penting, tetapi biarlah disertakan dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Kredit: Kosmo Online
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas