Connect with us

Oh! Media

Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri, Korang Duduk Kawasan Ini Sila Berjaga-Jaga

Ohmedia hujan lebat ribut petir

Oh! Tidak

Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri, Korang Duduk Kawasan Ini Sila Berjaga-Jaga

Amaran hujan lebat dikeluarkan melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Perak dan Sabah.

Cuaca di beberapa negeri dalam negara nampaknya masih belum menunjukkan tanda reda apabila beberapa kawasan diramal akan mengalami hujan lebat dan cuaca buruk dalam tempoh terdekat.

Antara negeri yang terlibat termasuk Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Jadi korang yang tinggal di kawasan terlibat ni memang kena lebih berhati-hati terutama waktu perjalanan dan aktiviti luar.

Banyak kawasan dijangka terjejas

Kredit Foto Janaan AI

Di Perak, kawasan yang diramal terkesan ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang serta Mualim.

IKLAN

Bagi Kelantan pula, kawasan terlibat termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang. Terengganu juga dijangka mengalami cuaca sama membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Selangor Dan Negeri Sembilan Turut Terlibat

Kredit Foto Janaan AI

Di Pahang, kawasan seperti Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Maran dan Rompin turut dijangka mengalami hujan lebat.

Manakala di Selangor, amaran melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Sabah Dan Sarawak Juga Diramal Cuaca Buruk

Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca sama ialah Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.

Sementara itu di Sabah, kawasan Pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan antara yang terlibat selain Pantai Barat, Tawau dan Kudat.

Pssttt! Kalau kawasan korang termasuk dalam senarai amaran ni, elakkan berada di kawasan berisiko banjir atau tanah runtuh. Ohmedia nasihatkan supaya sentiasa semak ramalan cuaca semasa dan utamakan keselamatan diri serta keluarga.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas