Connect with us

Oh! Media

Terkini! Pendakwah Fathi Na’im Dibebaskan, Mahkamah Dapati Keterangan Tak Meyakinkan

Mahkamah

Trending

Terkini! Pendakwah Fathi Na’im Dibebaskan, Mahkamah Dapati Keterangan Tak Meyakinkan

Mahkamah mendapati pendakwaan gagal buktikan kes prima facie.

Terkini! Sinar Harian melaporkan penceramah bebas, Fathi Na’im dilepaskan dan dibebaskan atas satu pertuduhan melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah hotel, beberapa tahun lalu.

Menurut Hakim Tasnim Abu Bakar, keputusan dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah dapati keterangan tak meyakinkan

Pendakwah
Kredit foto Harian Metro | Mohamad Shahril Badri Saali

Ini adalah hasil selepas mahkamah mendengar dan meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak.

IKLAN

Tambahnya, permohonan pihak pembelaan dibuat selepas mendapati terdapat percanggahan dalam jawapan mangsa semasa pemeriksaan utama ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen Klang bagi pertuduhan kesalahan sama.

Hakim turut berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap pertuduhan pindaan dalam kes tersebut, sekali gus menyebabkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Semasa mangsa disoal balas, mahkamah telah membenarkan permohonan peguam tertuduh untuk memulakan prosiding bagi mencabar kredibiliti mangsa. Mahkamah kemudian mendapati keterangan mangsa yang juga saksi pendakwaan ketiga (SP3) tidak dapat dikategorikan sebagai boleh dipercayai atau meyakinkan.

Seramai 11 saksi pendakwaan termasuk saksi utama dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.

Pssttt! Kes berprofil tinggi seperti ini sering menjadi perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Apa pun, setiap keputusan mahkamah dibuat berdasarkan proses perundangan dan keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas