Connect with us

Oh! Media

Sorok Mayat Warga Emas Yang Dibunuh Dalam But Kereta

Trending

Sorok Mayat Warga Emas Yang Dibunuh Dalam But Kereta

Malam semalam ada satu kejadian dimana polis mendapati ada mayat yang dipercayai telah dibunuh yang disorokkan di dalam but sebuah kereta. Apa yang menyedihkan, mayat tersebut merupakan seorang lelaki warga emas. Kejam betul! Kereta tersebut berada di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, Puchong malam semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, berdasarkan siasatan awal pihak polis percaya yang warga emas itu dibunuh angkara sengketa urusan jual beli tayar yang bernilai RM1,100.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut telahpun disahkan sendiri oleh Pemangku Ketua Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi.

Dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis berjaya umpil but kereta itu. Mayat tersebut dipercayai seorang warga tempatan berusia lingkungan 70 tahun yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.

Menurut Datuk Arjunaidi, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kejam betul pelaku sampai membunuh warga emas!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas