Connect with us

Oh! Media

Bayi Umur 6 Bulan Dibunuh Bapa Penagih Dadah

Bayi 6 Bulan Dibunuh

Oh! Tidak

Bayi Umur 6 Bulan Dibunuh Bapa Penagih Dadah

Sungguh kejam apabila seorang bapa, dipercayai penagih dadah tergamak membunuh anak sendiri yang hanya berumur 6 bulan di sebuah unit kediaman Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma Beranang.

BACA: Budak Lelaki Maut Didera Ibu Bapa Saudaranya Sendiri

Menurut laporan mStar, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Mohamad Nasir Drahman berkata bayi tersebut ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

IKLAN

Difahamkan seorang lelaki telah berkongsi maklumat tentang keadaan bayi tersebut kepada pihak polis.

Timbalan ketua polis kajang

Mohammad Nasir berkata mayat bayi tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Bayi itu telah disahkan meninggal dunia dan ketika pemeriksaan awal, pihak forensik tidak menemukan sebarang kecederaan pada tubuhnya.

Hasil bedah siasat, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa dan bayi malang itu difahamkan meninggal disebabkan kecederaan pada kepala.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Susulan kes ini, pihak polis berjaya menahan bapa bayi berkenaan yang berusia 25 tahun untuk membantu siasatan.

Lelaki itu juga didapati positif dadah jenis syabu, hasil dari ujian saringan air kencing.

Suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga 22 April untuk siasatan lanjut.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas