Connect with us

Oh! Media

“Seriously Tan Sri?” – Pengarah Kecewa Dengan Kenyataan Annuar Musa Isu Gangguan Seksual

Oh! Tidak

“Seriously Tan Sri?” – Pengarah Kecewa Dengan Kenyataan Annuar Musa Isu Gangguan Seksual

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan penggiat seni mengundang rasa kesal pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Apa Motif Membuka Aib Rakan Artis Kepada Orang Ramai”- Shahrulezad

Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat meluahkan kekecewaan apabila menteri menasihatkan penggiat seni supaya tidak memperbesarkan isu ini sebaliknya fokus kepada hal-hal positif.

Pengarah ini kehilangan kata-kata apabila isu gangguan seksual seakan-akan cuba dinormalisasi dan dianggap remeh.

Menceritakan pengalaman, Shahrulezad berkata, di awal pembabitannya dalam dunia seni, dia sendiri terganggu dengan gurauan berbaur lucah.

Namun lama kelamaan dia hanya mendiamkan diri dan terpaksa menerima budaya sebegini.

Gurauan gurauan berbau seksual antara krew dan artis. Mula mula sekadar gurauan yang akhirnya leads to another thing yang serious.

Yang muda dan yang senior bercakap lucah double meaning sesama sendiri dengan niat bergurau seakan akan menjadi satu budaya di dalam industri.

Menyedari apa yang berlaku adalah salah, pengarah ini tidak mahu pelapis-pelapis industri seni turut beranggapan bahawa hal ini adalah normal.

Kredit: Instagram Shahrulezad Mohameddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas