Connect with us

Oh! Media

“Sila Baca Dan Tolong Kami!” – Surat Layang Mangsa Gangguan Seksual Doktor Tersebar

Gangguan seksual pelatih perubatan ohmedia

Trending

“Sila Baca Dan Tolong Kami!” – Surat Layang Mangsa Gangguan Seksual Doktor Tersebar

Kes gangguan seksual bukan perkara main-main. Terbaru, tersebar pula satu surat layang yang mengadu telah menerima gangguan seksual daripada seorang doktor.

Aduan itu dipercayai datang daripada pelatih perubahan sebuah hospital di Perak dan ditujukan untuk tindakan Pengarah Hospital selepas mendakwa aduan mereka kepada Jabatan Ortopedik tidak diambil peduli.

Kami bersepakat untuk melaporkan masalah ini kepada Dato’ kerana masalah ini tidak dapat lagi dibendung oleh Jabatan Ortopedik.

Pelaku sering mengugut kami untuk memanjangkan tempoh tangging dan latihan kami walau tidak diberi kuasa mengawasi kami. Taktik berkenaan digunakan bagi kesempatan mengganggu houseman perempuan secara seksual.

Suspek hantar doktor lain bertugas tempat lain untuk lakukan aktiviti gangguan seksual kepada pelatih…

Pelaku sering meminta MO lian yang bertugas untuk berpindah bekerja di tempat lain untuk memudahkan mengganggu kami tanpa perhatian doktor lain. Dia telah meraba, menyentuh tali bra, mencubit badan dan peha kami serta bercakap lucah.

Dalam pada itu, suspek juga dikatakan telah menipu pesakit dengan mengatakan dirinya sebagai Pakar Ortepedik dari bahagian Foot and Ankle.

IKLAN

Tidak cukup dengan itu, suspek juga didakwa dibayar pihak lain untuk memberi keutamaan kepada pesakit untuk dirawat secara peribadi.

Image 40
Image 41

Jabatan Kesihatan Negeri Perak pandang serius kes yang tersebar…

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan telah menerima surat layang terbabit pada tarikh 29 Februari 2024 yang dihantar melalui pos.

Image 39

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas