Connect with us

Oh! Media

Suami Buang Dari Syarikat Sendiri? Peguam Jelaskan Hak Isteri

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 22t091552188

Trending

Suami Buang Dari Syarikat Sendiri? Peguam Jelaskan Hak Isteri

Dipercayai tertekan dengan masalah rumah tangga yang tidak selesai, usahawan dan juga influencer, Nuramirah meluahkan isi hati yang dipendamnya sejak sekian lama.

BACA: Penganggur Dipenjara 8 Bulan, Pukul Isteri Guna Pengecas Telefon Bimbit

Menerusi pendedahan di Instagram, Nuramirah mendakwa namanya telah digugurkan daripada memegang saham di dalam syarikat yang diusahakannya bersama suami.

IKLAN

Dia juga mendakwa telah menuntut cerai secara hakam namun suami tidak memberi kerjasama dengan baik.

Mengulas kepada isu itu, peguam Nor Zabetha menjelaskan, tindakan mengeluarkan nama isteri daripada syarikat dan menafikan haknya jatuh dalam keganasan rumah tangga.

Peguam

Mengikut Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), terdapat 10 jenis perbuatan keganasan rumah tangga seperti pukul, mencederakan, maki hamun, mengurung dan menakutkan untuk mencederakan.

Sebagai tambahan, definisi ini turut melibatkan perbuatan terhadap harta benda si mangsa.

Contohnya, perbuatan khianat atau kemusnahan harta benda mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa sedih dan mendera psikologinya.

Peguam2

Jelasnya, terdapat tiga pindaan baharu sekaligus meluaskan lagi skop keganasan rumah tangga.

Peguam ini menasihati mangsa supaya membuat laporan polis untuk mendapatkan perintah perlindungan menghalang pelaku.

Mangsa juga boleh merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sesi konsultasi. Apa yang penting adalah mangsa perlu berani untuk berjuang dan mengambil tindakan.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Nor Zabetha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas