Connect with us

Oh! Media

“Apa Motif Membuka Aib Rakan Artis Kepada Orang Ramai”- Shahrulezad

Oh! Artis

“Apa Motif Membuka Aib Rakan Artis Kepada Orang Ramai”- Shahrulezad

Baru-baru ini kecoh di media sosial TikTok apabila seorang pelakon wanita berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan beberapa rakan selebriti, pengarah dan juga keadaan ketika berada di lokasi penggambaran.

ADVERTISEMENT

Tindakan pelakon wanita itu membuatkan pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin kecewa dengan seorang pelakon yang suka membuka pekung dan aib seseorang kepada umum.

“Dia nak bercerita mengenai pengalamannya di TikTok tak jadi masalah. Namun, sejak kebelakangan ini saya tengok dia makin galak pula menceritakan perkara tidak elok berlaku di lokasi semata-mata untuk meraih ‘like’,” katanya.

Shahrulezad berkata, dia tidak faham apa motif pelakon wanita berkenaan bercerita perkara-perkara yang berlaku kepada orang ramai.

Tambahnya, dengan kelakuan mulut yang lancang seperti itu mungkin ramai rakan penggiat seni akan menjauhkan diri daripada pelakon wanita tersebut.

“Sebagai penerbit dan pengarah, saya takut artis seperti awak ada di set penggambaran kami yang tak sempurna. Nanti, esok lusa awak akan menjaja kekurangan atau aib kami kepada semua,” katanya.

Menurutnya, tindakan pelakon wanita itu membuatkan seolah-olah industri hiburan dipandang buruk dan membuatkan orang ramai mempunyai persepsi yang buruk.

“Kalau kemaruk nak buat kandungan sekali pun, carilah benda yang mendatangkan faedah kepada semua. Bukannya dengan cara mendedahkan aib yang kalau boleh kita semua nak tutup,” katanya.

Shahrulezad juga berkata industri hiburan dan penggiat seni lain seumpama sebuah keluarga yang besar, yang saling menjaga aib dan antara satu sama lain.

“Semua keluarga ada aib masing-masing. Apa perasaan anda kalau ada salah seorang ahli keluarga anda sejenis suka mendedahkan aib keluarga kepada orang? Mesti anda tak suka, kan?” katanya.

Sharulezad mengulas isu ini apabila menerima banyak kiriman video daripada orang ramai mengenai pelakon wanita berkenaan di aplikasi TikTok, walaubagaimanapun Shahrulezad enggan mendedahkan pelakon wanita tersebut.

Kredit : HarianMetro

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas