Connect with us

Oh! Media

Remy Ishak Pernah Kerja Biasa Tapi Tak Berjaya

Remy Ishak

Oh! Artis

Remy Ishak Pernah Kerja Biasa Tapi Tak Berjaya

Siapa sangka pelakon terkenal, Remy Ishak dikhabarkan pernah mencari sumber pendapatan sampingan selain dari berlakon. Namun, pelakon itu tidak berjaya kerana menyedari dirinya sudah sebati dengan dunia lakonan.

BACA: Tahniah! Isteri Remy Ishak Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulungnya

Menurut laporan mStar, walaupun kejayaan dan populariti sudah dikecapi, Remy tidak pernah membuatkan dirinya selesa dan cuba cari punca rezeki selain berlakon.

IKLAN

Pelakon tersebut dikatakan pernah menjauhkan diri dari bidang seni tapi tidak berjaya kerana terlalu cintakan dunia lakonan dan berkat tidak melihat jalan keluar.

Lakonan pilihan utama

Apabila kaki sudah melangkah masuk ke dalam dunia seni tak kira pelakon atau penyanyi, memang susah nak keluar daripada bidang ini.

Saya sendiri pernah cuba keluar daripada bidang seni sebab nak buat perkara lain tetapi gagal sebab perasaan cinta dan seronok berlakon masih menebal.

Pelakon itu berkata jiwa seni sudah meresap ke dalam dirinya yang buatkan dia tidak berjaya melakukan pekerjaan lain.

Tambahnya, dia juga tak pernah fikir untuk bersara daripada dunia lakonan kerana sudah sebati dengan bidang yang diceburi.

Remy juga berkata dia mahu meneroka dan merasakan banyak perkara yang perlu dibaiki untuk tingkatkan mutu lakonan walaupun sudah ada 20 tahun pengalaman.

Saya mahu meneroka dan menghayati perjalanan setiap karakter dan itu adalah proses belajar.

Remy juga berkata disebabkan itu juga dia tidak memilih terhadap tawaran drama atau filem yang diberikan kerana percaya tugas pelakon adalah untuk corakkan sesuatu watak.

Saya tak pernah hadkan diri untuk bawa atau cenderung memilih karakter tertentu mengikut pilihan peribadi.

Bukan apa saya mahu cuba banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan dalam alam realiti.

Sebagai rekod, Remy mula aktif di dalam industri lakonan sejak 2005 dan pernah membintangi filem Ombak Rindu, Nur Kasih dan 29 Februari yang telah mengangkat namanya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas