Connect with us

Oh! Media

Sekumpulan PATI Ditemui Sesat Dalam Ladang Malaysia, Gara-Gara Telefon Bimbit Dimasuki Air

Trending

Sekumpulan PATI Ditemui Sesat Dalam Ladang Malaysia, Gara-Gara Telefon Bimbit Dimasuki Air

Sejak dua menjak ni makin penuh pula berita-berita mengenai PATI di media massa negara kita. Untuk pengetahuan semua, PATI ataupun Pendatang tanpa izin dengan erti yang lain adalah pendatang haram dan bahasa lebih lembutnya adalah “pekerja tanpa dokumen”.

ADVERTISEMENT

Dengarnya semalam, seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada Indonesia telah berjaya mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Serdang, Kapar. 

Sembilan daripada 15 orang PATI itu juga dikatakan terdiri daripada wanita yang berusia 23 hingga 48 tahun, malah ketika ditemui, kesemua mereka dikatakan telah hilang arah (sesat) disebabkan telefon bimbit milik mereka telah dimasuki air apabila mendarat di pesisir pantai itu.

Melalui Hasil maklumat daripada orang awam, mereka kemudianya telah berjaya dicekup oleh pihak berkuasa kira-kira pukul 9 pagi ketika sedang berehat di kawasan pondok dan sekitar kawasan ladang di kampung tersebut.

Siasatan awal juga mendapati kumpulan PATI dari Indonesia itu pada mulanya telah berlepas dari Tanjung Balai, Indonesia dengan membayar dalam lingkungan RM800 hingga RM2,800 untuk seorang.

Mereka juga dikatakan telah masuk ke negara ini menerusi jalan laut yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot sebelum mereka mendarat di pesisir pantai kampung tersebut.

Sebaik saja tiba di pesisir pantai, mereka kemudiannya telah berjalan sejauh satu kilometer dalam tempoh kira-kira sejam ke sebuah pondok untuk berehat.

PATI Indonesia yang dicekup pasukan keselamatan di Kapar, Klang semalam.

Berdasarkan siasatan, ini berikutan kesemua telefon bimbit PATI telah dimasuki air dan sukar menghubungi rakan di negara ini sehingga menyebabkan mereka hilang arah tuju.

Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dengan terdapat sebahagian daripada kalangan PATI itu adalah suami isteri. – Kata Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed.

Rizal menambah, pihaknya juga turut menggunakan Unit Dron daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman dalam usaha mengesan sekiranya terdapat PATI yang menyorok di kawasan sekitar.

Mereka kesemuanya dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan selanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63. – Katanya.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas