Connect with us

Oh! Media

“Sediakan Jurulatih Terbaik Dunia Sekalipun Tak Ada Guna” – Datuk Lee Chong Wei

Trending

“Sediakan Jurulatih Terbaik Dunia Sekalipun Tak Ada Guna” – Datuk Lee Chong Wei

Jika sediakan jurulatih terbaik di dunia sekalipun kepada Zii Jia tetapi kalau dia sendiri tak mahu, tidak ada gunanya juga. Yang penting adalah diri sendiri untuk tingkatkan prestasi. – Itulah pandangan dari bekas pemain badminton No.1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Kata-kata ini dikeluarkan Chong Wei selepas sukan badminton negara masih gagal menghasilkan pemain yang boleh mendapatkan pingat emas dalam kejohanan badminton.

ADVERTISEMENT

Chong Wei juga tidak merasakan masalah kejurulatihan antara faktor utama masalah ini dan melihat pemain berusia 22 tahun Zii Jia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jurulatih.

Seperti saya dulu, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) menyediakan mana-mana jurulatih untuk saya dan saya terima saja. Saya tidak pernah kata tidak atau apa-apa. Mana-mana jurulatih yang disediakan BAM, saya ikut.

Bagi saya, yang lebih penting adalah diri sendiri. Bukan jurulatih atau apa-apa. Kalau jurulatih bagi 10 set latihan dan kamu buat hanya lima set, jurulatih pun tak boleh buat apa-apa. Jadi bagi saya, apa yang lebih penting adalah diri sendiri. – Tegas Chong Wei.

Zii Jia setakat ini masih gagal menunjukkan aksi cemerlang dalam tiga perlawanan dan yang paling hambar adalah ketika beraksi di kejohanan Thailand tempoh hari.

Prestasinya turut dianggap mengecewakan selepas mara sehingga suku akhir Yonex Terbuka Thailand tersingkir di pusingan pertama pada Toyota Terbuka Thailand dan gagal melepasi peringkat kumpulan dalam Jelajah Dunia Akhir BWF.

Berikan dia sedikit masa dan saya rasa di tiga kejohanan itu, Zii Jia tidak mempamerkan aksi terbaik. Saya rasa jurulatih, Hendrawan akan buat penilaian mengenai apakah masalah dihadapi di kejohanan itu. – Ulas Chong Wei lagi.

Zii Jia patut gunakan nasihat Chong Wei ini sebagai pembakar semangat memandangkan perjalanan kariernya masih jauh kerana baru berumur 22 tahun. Semoga sukan badminton negara kembali menyinar.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas