Connect with us

Oh! Media

“Sebelum Kahwin Dia Dah Ajak Saya Bincang” – Suami Dhabitah Respon Isu Pakaian Renang Isteri

suami dhabitah

Trending

“Sebelum Kahwin Dia Dah Ajak Saya Bincang” – Suami Dhabitah Respon Isu Pakaian Renang Isteri

Apa kes pula dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri ni? Dengarnya Nur Dhabitah baru-baru ini dikritik orang ramai gara-gara pemakaiannya di Sukan Asia Hangzhou.

ADVERTISEMENT

Nama lagi atlet terjun kan, mestilah Nur Dhabitah pakai pakaian renang, betul tak? Tapi mungkin orang ramai berniat untuk tegur memandangkan atlet ini beragama Islam.

BACA: Olimpik Tokyo: Senyuman Dhabitah Pikat Hati Malaysia, Mengaku Dah Berpunya

Menjawab kepada isu itu, suami Dhabitah iaitu Jiggy Masin berkata, dia tak mahu melayan semua komen negatif tersebut.

dhabitah

Itu saja pakaian rasmi sukan untuk acara terjun. Kalau orang lain nak bercakap, saya tak boleh buat apa kerana mereka akan tetap mencari salah.

Selagi dia masih diperlukan untuk berkhidmat demi negara, saya akan sentiasa menyokong dan faham situasinya.

Sebelum kahwin pun, dorang berdua sebenarnya dah berbincang mengenai hal ini. Kata Jiggy, Dhabitah sendiri ada suarakan rasa tak selesanya memakai baju renang dan ditonton umum.

dhabitah

Ha, kalau ada pihak yang buat format baru menutup aurat, Dhabitah terbuka untuk menyokongnya.

Sebelum kami ambil keputusan berkahwin, dia minta izin terlebih dulu untuk terus aktif sehingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Atlet tu juga ready untuk berhenti awal jika khidmatnya tak lagi diperlukan. Tapi bukan dalam masa terdekat memandangkan pelapis baru pun masih dalam proses pencarian.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas