Connect with us

Oh! Media

Perhatian! Kepada Semua Pemilik Kedai Gunting Rambut, Sila Bersiap Sedia Kerana…

Trending

Perhatian! Kepada Semua Pemilik Kedai Gunting Rambut, Sila Bersiap Sedia Kerana…

Melalui sidang media yang diadakan pada petang semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun memberitahu kepada umum mengenai persetujuan kerajaan untuk membenarkan kedai gunting rambut, kedai cuci kereta dan pasar malam beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sehingga 18 Februari.

ADVERTISEMENT

Terbaru di media, telah dilaporkan hampir kira-kira 20 anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, dikatakan akan menyamar sebagai pelanggan di kedai gunting rambut untuk memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, kaedah penyamaran itu akan dilakukan setiap hari di beberapa lokasi kedai gunting rambut di Segamat bermula hari ini.

Polis akan memantau sama ada tukang gunting mematuhi SOP iaitu memakai pelindung muka, pelitup muka, apron pakai buang, sarung tangan dan alat mesti dibersihkan menggunakan air panas setiap kali selesai setiap pelanggan. – Kata Superintendan Raub Selamat.

Pemeriksaan mengejut juga akan dilakukan di kediaman tukang gunting yang telah menjadikan rumah mereka sebagai premis alternatif untuk memastikan mereka tidak melanggar SOP.

Anggota kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan turut akan memantau kediaman penduduk jika ada aktiviti gunting rambut dilaksanakan. – Katanya.

Kepada semua pemilik kedai gunting rambut, sila pastikan anda sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan, untuk mengelakkan anda didenda oleh pihak berkuasa. #Kitajagakita 

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas