Connect with us

Oh! Media

Indah Water Konsortium Berjaya Pupuk Semangat Kesukanan Dan Perpaduan Dalam Program ‘IWK FITNESS & FILM 2023’

program

Umum

Indah Water Konsortium Berjaya Pupuk Semangat Kesukanan Dan Perpaduan Dalam Program ‘IWK FITNESS & FILM 2023’

Baru-baru ini, IWK Eco Park @ Pantai Dalam, sebuah taman sukan dan rekreasi awam yang diuruskan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menganjurkan satu program iaitu “IWK Fitness & Film 2023”.

ADVERTISEMENT

Program ini dilaksanakan bagi menyuntik semangat kesukanan dan patriotik dalam kalangan komuniti setempat bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2023.

Antara aktiviti menarik yang dilakukan oleh pengunjung adalah zumba dan yoga yang diketuai oleh pengajar selebriti seperti Atilia Haron, Hanif Shawn dan Yasmin Hani.

Pada sebelah malam pula, pengunjung menonton wayang berkonsepkan ‘di bawah bintang’ bermula dengan filem “Ola Bola”.

Bukan itu sahaja, di program itu turut disediakan kawasan reruai jualan dan trak saji dengan pelbagai pilihan makanan, minuman dan barangan menarik yang lain.

Kejohanan Futsal Piala IWK pun ada juga! Di kejohanan ini, 16 pasukan telah bertanding bertujuan mencungkil bakat sukan dan memupuk semangat berpasukan.

Aktiviti yang dianjurkan ini selari dengan misi IWK untuk memelihara sumber air negara, melindungi kesihatan awam, serta menyediakan persekitaran alam sekitar yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk semua.

Ketua Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad berharap semua pengunjung dapat mencipta kenangan indah dengan menghayati suasana tenang dalam kehijauan taman.

Ini adalah bukti usaha berterusan IWK dalam mempromosikan amalan gaya hidup sihat yang turut menyumbang terhadap kelestarian alam sekitar, katanya.

Bagi anda yang mencari tempat yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti dan acara, IWK Eco Park @ Pantai Dalam adalah pilihan terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai IWK Eco Park @ Pantai Dalam atau tempahan bagi kemudahan sukan dan rekreasi, sila layari www.ecopark.iwk.com.my atau hubungi 03-22 420 420.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

  • program
  • program

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas