Connect with us

Oh! Media

‘Sampai Hati KWSP Buat Macam Ni’ – Warganet Kecewa Status i-Sinar Lulus Bertukar Dalam Proses

Trending

‘Sampai Hati KWSP Buat Macam Ni’ – Warganet Kecewa Status i-Sinar Lulus Bertukar Dalam Proses

Rata-rata warga maya menzahirkan rasa kecewa akan masalah teknikal yang berkaitan paparan status permohonan kemudahan i-Sinar kategori dua yang sepatutnya kembali pulih pada Isnin di mana ia masih mengalami masalah yang sama.

ADVERTISEMENT

Malahan, mereka juga mendakwa semakan status permohonan i-Sinar kategori dua yang sebelum ini telah diluluskan oleh KWSP, tetapi sebaik sahaja melakukan semakan semula pada Isnin lalu, mendapati permohonan mereka masih dalam status proses.

Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad membuat pengumuman pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar. Kenyataan tersebut di laman sosial Twitter, Instagram dan Facebook KWSP selepas beberapa jam kebanyakkan permohonan i-Sinar kategori dua dilaporkan telah lulus setelah pemohon membuat semakan pada Ahad.

KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status i-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula pada 8 pagi pada 8 Februari 2021

Sampai hati KWSP buat macam ni, sudahlah tunggu keputusan hampir sebulan campur cuti umum, cuti hujung minggu lagi, lepas itu status hijau tukar balik pada biru. Kami satu keluarga sudah gembira sangat semalam tapi pagi ini, Allah sahaja tahu perasaan kami

luahan hati seorang warganet di akaun Twitter

Selain itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Maksu menyatakan sebelum ini dia telah lulus permohonan i-Sinar kategori dua tetapi pagi ini semakan dilakukan sekali lagi dan menunjukkan permohonan masih dalam proses.

Harap-harap janganlah bagi harapan palsu. Sudah gembira malam tadi, tiba-tiba sekarang ‘check’ masih diproses lagi.

Terdahulu KWSP memaklumkan bagi permohonan kategori dua adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, di mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas