Connect with us

Oh! Media

Shuib Akhirnya Tampil Perjelas Isu Bubble Bee ‘Sangkut’ Bayar KWSP Pekerja

Oh! Artis

Shuib Akhirnya Tampil Perjelas Isu Bubble Bee ‘Sangkut’ Bayar KWSP Pekerja

Semalam tersebar satu surat terbuka daripada pekerja Bubble Bee buat pemilik mereka, pelawak Shuib Ubi yang mendakwa syarikat minuman terbabit gagal menjalankan tanggungjawab sebagai majikan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Majikan Bermewah-Mewah Tapi Pekerja Tercungap-Cungap” – Surat Terbuka Buat Shuib Ubi?

Antara isu yang dibangkitkan adalah, pihak Bubble Bee didakwa menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan tetapi apabila mereka menyemak, tiada sebarang transaksi berlaku pada akaun KWSP mereka.

Menerusi Instagram, Shuib akhirnya tampil perjelas dan mengakui bahawa syarikat francais minuman yang diusahakannya itu mempunyai masalah untuk membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang ditularkan oleh seorang individu baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Shuib menafikan syarikatnya langsung tidak membayar wang caruman tersebut kepada para pekerja mereka.

Bukan tu jer, pihaknya juga telah berbincang dengan KWSP dan bersetuju untuk membayar caruman secara ansuran selepas syarikat mereka mengalami masalah pengurusan kewangan.

Saya akui, benar Bubble Bee ada sangkut bayar KWSP. Cuma saya mahu buat pencerahan, apabila surat layang itu dikeluarkan, seolah-olah kami langsung tidak tahu tentang KWSP kakitangan kami.

Saya nak beritahu, bermula awal tahun 2023, kami telah berhubung dengan KWSP dan maklumkan mengenai situasi kewangan kami. Tunggakan tersebut, kami tidak boleh bayar sekaligus. Jadi kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran.

Shuib akui dirinya mengalami fasa jatuh dan naik bersama syarikat minumannya itu dan merasakan Bubble Bee disalah urus daripada segi kewangan.

Bila disalah urus, banyak benda jadi kelam kabut. Itu yang berlaku sehinggalah pada November 2022, saya bersama rakan kongsi mengambil alih semuanya termasuk pengurusan kewangan.

Sepanjang 3 tahun beroperasi, kami tidak pernah tidak membayar gaji pekerja. Kalau sampai orang kata saya bermewah-mewah, takkan saya nak beritahu berapa banyak duit saya keluarkan.

Shuib juga memohon maaf kepada mereka yang terlibat dalam hal ini dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas