Trending
Ini Respon Pelajar Yang Ingatkan Rakan Whatsapp, Rupanya Ustaz Sendiri Ajak Masuk Kelas Online..
Oleh
Pembelajaran secara dalam talian ini tidaklah semudah yang disangka. Teknik penyampaian juga haruslah lebih sistematik agar lebih difahami oleh semua. Dalam kebaikan yang dapat dinilai dari proses ini, pasti akan tercetus beberapa isu atau pun salah faham kan.
Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter iaitu Arasy yang berkongsi kisah lucu sepanjang proses PdPR bersama Ustaznya.

Dalam perkongsian pelajar itu di Twitter, dia turut berkongsi screenshot perbualannya dengan seorang Ustaz yang disangkakan kawannya, tetapi rupanya bukan. Ia juga disertakan dengan kapsyen yang agak lucu.
Ustaz jangan sumpah saya, saya lupa nak save nombor Ustaz
Nak jadi cerita, Ustaz tersebut ada menghantar pesanan di WhatsApp dan meminta dia untuk masuk ke Google Meet, tetapi lelaki ini dengan selambanya membalas menggunakan panggilan ‘aku kau’ dan sempat berceloteh yang dia mahu mengambil wudhu terlebih dahulu. Haha!
Aku yang ngajor, kau ni tak save nombor aku ke?
Susulan kejadian yang agak memalukan itu, lelaki tersebut telah membuka kamera komputer ribanya sebagai tanda maaf dan melibatkan diri dalam kelas taranum Al-Quran itu dengan jayanya. Kenalah jadi baik kan, tadi dah kantoi..
Kredit: Twitter Arasy
