Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tersedar Dirinya Di ‘Prank’ Selepas Menembak Maut Perompak Palsu

901cce16 5db9 4d7c 957b 92c4bb2ca934

Trending

Lelaki Tersedar Dirinya Di ‘Prank’ Selepas Menembak Maut Perompak Palsu

Tak dinafikan, kalau kita tengok content-content yang popular di Youtube sekarang ni, kebanyakkannya terdiri daripada video-video prank. Terciptanya sebuah prank pada mulanya hanyalah untuk hiburan semata-mata, tapi kadang-kadang tu ada juga prank yang boleh dikatakan terlalu berlebih-lebihan.

Jumaat lepas di Nashville, seorang lelaki berusia 20 tahun telah dilaporkan mati ditembak semasa dia sedang merakamkan aksi prank untuk dimuat naik ke akaun YouTubenya.

B6024f4e a744 4c46 83b3 f8e8787a68ea
Timothy Wilks maut ditembak ketika sedang merakamkan aksi prank

Menurut kenyataan daripada Pejabat Polis Metropolitan Nashville, mangsa, Timothy Wilks telah ditembak di kawasan parkir Taman Kembara dan Trampolin Udara pada jam 9.25 malam.

IKLAN

Individu yang bertanggungjawab menembak Wilks ialah seorang lelaki yang bernama David Starnes Jr iaitu salah seorang pengunjung di taman itu. Stanes dikatakan mengaku telah menembak Wilks kerana pada mulanya dia sangkakan dirinya dan orang ramai yang berada di kawasan itu tengah berada dalam keadaan bahaya.

Siasatan awal polis juga mendapati, semasa kejadian, Wilks dan seorang rakannya telah datang mendekati beberapa orang termasuklah Starnes, tanpa mengetahui jika Starnes ada membawa sepucuk pistol bersamanya pada ketika itu.

Menurut rakan Wilks, aksi itu kononnya adalah lakonan rompakan atau prank untuk dimuat naik ke akaun YouTube mereka. Sehingga hari ini, siasatan polis masih lagi dijalankan bagi menentukan samada tindakan Starnes itu boleh dianggap sebagai perbuatan untuk menyelamatkan diri atau sebaliknya.

Aduhh, tak pasal-pasal melayang nyawa demi sebuah content di Youtube. Tak semua benda boleh dibuat gurau. Jika kelakar bagi kita, tak semestinya ia juga akan kelakar untuk orang lain. Berpada-padalah dalam bergurau.

Kredit: Astro Awani

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas