Connect with us

Oh! Media

Rider Wanita foodpanda Menangis Angkara Individu Yang Tiada Hati Perut!

Trending

Rider Wanita foodpanda Menangis Angkara Individu Yang Tiada Hati Perut!

Semalam viral pasal seorang wanita yang merupakan rider kepada foodpanda sedih apabila motosikal yang digunakannya untuk mencari rezeki hilang. Kejadian dikatakan berlaku di Giant Batu Caves, Selangor pada pukul 2 petang. Kurang ajar punya pencuri!

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1323895279708381185?s=21

Menurut laporan Harian Metro, wanita tersebut meletakkan motosikalnya sebelum mengambil makanan untuk dihantar ke pelanggan. Semasa nak pergi semula ke tempat parking, motosikal Yamaha 135LC miliknya sudah hilang.

Pihak polis telah menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 3 petang semalam dan kini, mereka sedang mengesan saksi dan rakaman CCTV di tempat kejadian kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe. 

Kesian dekat adik ni tengah penat cari rezeki, tahu-tahu motor hilang. Semoga motor milik adik akan dijumpai dan diserahkan dalam keadaan yang sama.

Kredit: Harian Metro | Facebook

+ Baca respon pembaca rider foodpanda kehilangan motosikal di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas