Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Wanita Terbabit Dalam Video Lucah

Trending

Penyanyi Wanita Terbabit Dalam Video Lucah

Zaman sekarang ni sekejap je boleh tersebar di media sosial kalau ada benda-benda yang pelik ataupun kesalahan besar yang seseorang individu itu lakukan. Apatah lagi kalau mereka adalah orang-orang yang ternama, memang cepatlah viral. Kalau korang nak tahu, seorang penyanyi dari Indonesia iaitu Gisella Anastasia telah terbabit dalam video lucah yang viral baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Gisella dan lelaki dalam video yang viral itu telah mengaku bersalah. Pihak polis Indonesia juga akan menyiasat menggunakan khidmat individu yang mahir dalam bidang teknologi untuk membongkar bagaimana video ini boleh tersebar. Mereka juga mengaku yang video tersebut telah dirakamkan pada tahun 2017 di salah satu hotel di Medan. 

Apa yang menyedihkan, masa video tersebut dirakamkan, Gisella Anastasia masih berstatus isteri kepada seorang pelakon, Gading Marten. Pergh! Sanggup betul dia buat macam tu dekat suami dia. Walaubagaimanpun, mereka berdua telahpun bercerai tahun lepas pada Januari 2019.

Gisella dan lelaki tersebut didakwa mengikut Akta Pornografi 2008, yang antara lain melarang mana-mana individu membuat, memperdagangkan, menyebarkan atau mempamerkan bahan pornografi. Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan penjara maksimum selama 12 tahun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas