Connect with us

Oh! Media

Wanita Hanya Tahu Dirinya Hamil 30 Minit Sebelum Melahirkan Anak

Trending

Wanita Hanya Tahu Dirinya Hamil 30 Minit Sebelum Melahirkan Anak

Baca tajuk macam tak logik, kan? Kita pun tahu macam mana saiz perut wanita waktu pregnant. Tak kan 9 bulan mengandung tak perasan langsung? Mustahil lah! Tapi itulah yang sebenarnya terjadi pada seorang ibu berusia 26 tahun.

ADVERTISEMENT

Ally Opfer, ibu muda dari Cleveland, Amerika Syarikat ini hanya sedar yang dirinya hamil 30 minit sebelum melahirkan anaknya, Oliver. Dah lah dia on the way nak pergi training pasukan sorak sebelum sedar ada benda yang tak kena dengan dirinya. Nasib baik belum lepas lagi pergi training.

Menurut Ally, dia tak tahu yang dirinya pregnant sebab perutnya tak membesar seperti ibu mengandung yang lain. Memang ada tanda-tanda lain seperti haid tak teratur, berat badan tak naik dan rasa cepat letih bila buat sesuatu. Tapi bila pergi check, keputusan ujian kehamilan pun negatif.

Beberapa jam kemudian, sebab dah tak dapat tahan sangat rasa sakit, Ally terus bergegas ke hospital. Ngam-ngam doktor pula cakap ada something dalam perut Ally. Kemudian, doktor bertanya pada Ally sama ada dia ada menghidap kanser.

“Sebaik sahaja saya berkata ‘tidak’, dia menjawab, baiklah anda hamil kira-kira 38 minggu.” – katanya.

Kalau korang nak tahu, kejadian ini dah pun berlaku 4 tahun lepas iaitu pada tahun 2016. Cuma kisah ini baru viral di media sosial sekarang. Oliver berjaya dilahirkan dalam keadaan sihat melalui pembedahan dengan berat 3.17 kg. Sekarang Oliver dah pun berusia 4 tahun dan membesar dengan bijak dan menyeronokkan.

“Dia menjadikan saya ibu paling bahagia di dunia dan setiap kali menyambut Krismas ia menjadi hari istimewa kerana Oliver. Dia adalah hadiah Krismas terbaik.” – tambahnya.

MashaAllah, kalau nak cerita pasal kekuasaan Allah ni ada banyak sangat, kan? Bila dengar kisah macam ni, memang rasa kagum dan kerdil sangat. Tapi di Malaysia lain cerita. Banyak yang claim diri pregnant tapi tak tahu punca. Itu dah kes lain hahaha…

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas