Connect with us

Oh! Media

‘Penantian’ Berakhir, Ini Rumusan Akhir Membabitkan Isu Ziyad Zolkefli

Trending

‘Penantian’ Berakhir, Ini Rumusan Akhir Membabitkan Isu Ziyad Zolkefli

Bagai kaca terhempas ke batu, itulah perasaan rakyat Malaysia ketika ini selepas penarikan semula pingat emas daripada atlet Paralimpik negara, Ziyad Zolkefli, beberapa bulan yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kegagalan Adalah Kegagalan”, Zolkpes Tegaskan Ziyad Tidak Layak Terima Ganjaran

Hal itu selepas penyertaannya itu diklarifikasikan sebaga DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine oleh kerana kelewatan Ziyad untuk tiba di bilik menunggu (Call Room).

Bukan itu sahaja, negara juga terpaksa menelan pahit penarikan pingat emas itu kerana Ziyad telah pun mencipta rekod baru dunia dengan catatan 17.94 meter (m). Namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

Susulan daripada itu, sebuah Jawatankuasa Siasatan Dalaman telah ditubuhkan pada 15 September lalu bagi mengenal pasti insiden yang berlaku kepada atlet lontar peluru itu.

Keputusan akhir dikenal pasti, Ziyad dan Jurulatih gagal tiba pada waktu ditetapkan

Bagaimanapun, hasil siasatan berhubung kontoversi yang melanda jaguh lontar peluru negara itu akhirnya telah menemui kata putus.

Berdasarkan rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Ziyad serta jurulatihnya terbukti lewat tiba di bilik menunggu semasa sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menerusi satu kenyataannya hari ini yang mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, siasatan mendapati jurulatih dan atlet berkenaan gagal membuktikan mereka telah tiba pada waktu yang ditetapkan walaupun mengakui telah tiba tepat pada waktunya.

Tambahnya, keputusan itu dibuat berdasarkan dari sesi temubual dan dokumen-dokumen yang diperoleh daripada pihak jawatankuasa yang diketui oleh Tan Sri Borhan Dolah.

Walaupun terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh Olahraga Para Dunia (WPA) bagi isu Ziyad, pihak persatuan Olahraga Para Malaysia dan Majlis Sukan Negara akan tetap mengemukakan pandangan Malaysia ekoran kekeliruan peraturan teknikal Para Olahraga khususnya mengenai peraturan ‘Did Not Start’ (DNS) yang dikenakan kepada atlet para olahraga.

Seperti kita sedia maklum, pegawai teknikal menegaskan Ziyad dan dua atlet lain iaitu dari Australia dan Ecuador melewati tempoh masa melaporkan diri tetapi masih dibenarkan beraksi.

Pandang serius akan isu ini, berharap agar tidak berulang

Sementara itu, Kemeterian Belia dan Sukan (KBS) akan memandang serius akan isu ini selain mahu semua pihak lebih peka dan bertanggunjawab di masa akan datang.

Selain itu, Ahmad Faizal juga turut berkata, pihaknya akan memastikan atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat dikenakan tindakan susulan yang wajar selepas ini.

Hal itu bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab serta memberikan pengajaran serta rujukan agar perkra tersebut tidak berulang sehingga mengorbankan pingat emas yang berharga.

Walaubagaimanapun, pihak KBS juga turut memuji lontaran yang dibuat oleh Ziyad di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan akan tetap menghargainya sampai bila-bila.

Kredit: Utusan Malaysia I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas