Connect with us

Oh! Media

“Peja Jangan Sap Gam” – Penyokong Malaysia ‘Sound’ Faizal Azumu

Trending

“Peja Jangan Sap Gam” – Penyokong Malaysia ‘Sound’ Faizal Azumu

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ada membuat satu kenyataan yang mengundang kemarahan para penyokong tegar Harimau Malaya selepas kekalahan skuad negara ketika menentang Bahrain pada Sabtu yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: #MAHKAMAHNETIZEN “Maaf Atas Kesilapan Saya” – Kenyataan Penyokong Punca Pemain Hilang Fokus, Faizal Azumu Mohon Maaf

Kenyataan Ahmad Faizal yang berpendapat bahawa sorakan gemuruh pemain ke-12 menjadi punca dan faktor kepada hilangnya fokus para pemain menyebabkan bekas Menteri Besar Perak itu teruk dikecam warganet di media sosial.

Kain rentang khas buat Ahmad Faizal

Meskipun Ahmad Faizal telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya itu, insiden itu sukar untuk dilupakan penyokong-penyokong tegar skuad Harimau Malaya.

Menerusi ciapan dibuat Ahmad Faizal menerusi Twitternya, segelintir penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil bertindak memberikan sedikit ‘nasihat’ kepada Menteri Belia dan Sukan itu ketika perlawanan menentang pasukan kebangsaan Bangladesh malam tadi.

Menerusi gambar yang dikongsi Ahmad Faizal itu, dapat dilihat kain rentang dengan tulisan “Peja Jangan Sap Gam’ dikibarkan segelintir penyokong yang hadir ke stadium semalam.

Meskipun ayat yang ditulis buat Ahmad Faizal itu dilihat agak kasar, namun beliau dilihat bersikap terbuka menerima nasihat yang dibuat para penyokong kepadanya.

Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita.

Pada perlawanan malam tadi, skuad bimbingan Kim Pan-gon berjaya menamatkan penantian selama 42 tahun selepas berjaya mengesahkan tempat dan layak ke Piala AFC 2023 selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh, malam tadi.

Kredit: Twitter Faizal Azumu | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas