Connect with us

Oh! Media

TMJ Nak Taja Rumput Stadium Nasional, KBS Hargai Tapi Belum Ada Hitam Putih

kbs

Oh! Negara

TMJ Nak Taja Rumput Stadium Nasional, KBS Hargai Tapi Belum Ada Hitam Putih

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris dalam satu kenyataan memutuskan untuk menaja kos penanaman rumput baharu khas buat Stadium Nasional Bukit Jalil. Hadiah istimewa dari TMJ itu akan menggunakan kualiti rumput sama seperti Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

ADVERTISEMENT

TMJ juga memaklumkan telah mengarahkan pengurusan JDT membantu Perbadanan Stadium Malaysia dalam proses penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.

Sehubungan dengan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat TMJ untuk memberi hadiah istimewa ini kepada skuad Harimau Malaya.

Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor, @HRHJohorII atas kurniaan penajaan penanaman rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Tulisnya di Twitter.

Memetik laporan Astro Awani, sumber mereka di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan setakat tengah hari tadi, Jumaat (11 Mac) masih belum ada apa-apa hitam putih antara kementerian itu dengan TMJ.

Badan Lembaga PSM akan membuat keputusan mengenai jenis rumput paling sesuai berdasarkan kepada bukti saintifik didapati daripada pakar runding. PSM dan KBS tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, tetapi berdasarkan kepada laporan saintifik bagi mengelakkan berlakunya isu berkaitan rumput di stadium tersebut.

Terdapat pandangan berbeza berkaitan ‘Cow Grass’, ada yang suka dan ada yang tidak. Kami juga perlu melihat kepada pelbagai aspek, termasuklah tujuan penggunaan stadium, jika ia terhad kepada bola sepak, ia akan memberi kesan kepada pendapatan PSM.

Sebelum ini, KBS telah menerima bejet RM10 juta untuk menaik taraf stadium Nasional Bukit Jalil tetapi sehingga hari ini masih belum bermula.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas