Connect with us

Oh! Media

Melaka Raya Meriah! 7 Anggota Keselamatan Kantoi Berfoya-Foya Dalam Kelab Malam

kelab malam

Trending

Melaka Raya Meriah! 7 Anggota Keselamatan Kantoi Berfoya-Foya Dalam Kelab Malam

Anggota keselamatan kantoi bersuka-ria dalam kelab malam? Itulah apa yang dimaklumkan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali dalam satu serbuan mengejut di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya.

ADVERTISEMENT

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada jam 1.20 pagi minggu lalu. Dalam serbuah itu 80 orang ditahan ketika sedang berhibur dan tujuh dari mereka adalah anggota pasukan keselamatan.

Anggota keselamatan berusia 34 hingga 42 tahun

Siapalah yang ajar lepak kelab malam ni? Yang tua atau yang muda?

Saringan ujian air kencing telah dijalankan terhadap kesemua yang ditahan dengan lima daripadanya didapati positif dadah. Keputusan saringan ujian air kencing tujuh penjawat awam lelaki itu bagaimanapun didapati negatif.

65 kompaun dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan RM260k

Serbuan ini berjaya dilakukan selepas ada aduan dan maklumat dari orang awam. Semoga kita semua dapat terus membantu pihak berkuasa polis untuk membenteras segala aktiviti tidak berfaedah dan menyalahi undang-undang.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas