Connect with us

Oh! Media

Sebab Ejek, Pelajar Tingkatan 3 Dipukul 20 Pelajar

Trending

Sebab Ejek, Pelajar Tingkatan 3 Dipukul 20 Pelajar

Kes pelajar di Lahad Datu yang mati dipukul tidak habis lagi menjadi bualan, muncul lagi isu yang sama. Akibat salah faham, seorang pelajar Tingkatan 3 lebam seluruh badan dipukul 20 pelajar.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Lelaki 17 Tahun Maut Dipukul Rakan Asrama

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata pihaknya berjaya mengesan video tular di media sosial yang memaparkan insiden pergaduhan pelajar berkenaan.

Pergaduhan antara pelajar itu berlaku di Pantai Puteri, Tanjung Kling dan dikatakan akibat perselisihan faham yang babitkan ejek-mengejek.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan dari seorang wanita berusia 65 tahun mendapati cucunya dipukul pelajar lain.

Polis menerima satu laporan polis dibuat seorang wanita berusia 65 tahun pada 31 Mac lalu selepas mendapati cucu lelakinya yang berusia 15 tahun dipukul oleh sekumpulan lelaki dikenali di Pantai Puteri sehari sebelumnya, kira-kira 1 tengah hari.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh dan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda jika disabitkan kesalahan.

Zainol menyatakan polis telah menjalankan siasatan dan menahan 23 individu yang berusia 15 hingga 20 tahun di sekitar Tanjung Kling, Malam dan Tanjung Minyak bagi membantu siasatan.

Hasil penahanan semua individu terbabit polis turut merampas tiga topi keledar serta sebatang kayu yang dipercayai digunakan dalam insiden itu.

Tambahnya, Zainol memaklumkan semua suspek dilepaskan dengan jaminan polis selepas percakapan dirakam dan kebanyakkannya adalah dibawah umur.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas