Connect with us

Oh! Media

kelab malam

Oh! Tidak

“Selama Clubbing, Berapa Kali Dah Balik Dengan Lelaki?” – Netizen Kecam Content Creator Korek Aib Untuk Views

Baru-baru ini, seorang wanita dikecam hebat selepas meminta pengunjung lelaki di kelab malam supaya tampil bergaya bukannya hanya memakai t-shirt hitam.

Wanita itu juga menegaskan dia akan mengelak daripada bergaul dengan mana-mana lelaki yang kurang ketinggian berbanding dirinya.

IKLAN

Difahamkan, wanita itu melontarkan pendapat sedemikian selepas ditemu bual secara street interview.

BACA: “Kau Te**k Nak Terkeluar Siapa Nak?” – Wak Doyok Bersuara Mengenai Isu Wanita ‘Terpaling Kelab Malam’

Terbaru, tular pula video memaparkan content creator yang sama membuat street interview bertanyakan soalan buka aib kepada pengunjung kelab malam yang lain pula.

“Selama clubbing, berapa kali balik dengan lelaki?”

kelab malam

Soalan yang ditanyakan adalah, “Selama you clubbing ni, berapa kali you dah balik dengan lelaki?”

Pengunjung kelab malam itu hanya ketawa menjawab, “Seriuslah you tanya? Nak i jujur ke? Jujur eh, dua kali”.

Kemudian, dia ditanya lagi, “Kalau lelaki itu pendek, pakai baju hitam dan gemuk. You balik dengan dia tak?”

Wanita itu menjawab, ” Pendek tak kisah, jangan gemuk. Tapi janganlah macam tu, i tak body shaming orang”.

Pengunjung kelab malam itu berkata lagi, dia baru je berumur 23 tahun dan dari usia 18 tahun dia sudah menjejakkan kaki ke club untuk berhibur.

Netizen kritik content buka aib demi views

Video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna aplikasi X itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

kelab malam
kelab
kelab malam

Rata-rata mengecam tindakan content creator yang sanggup bertanyakan soalan ‘dalam kain’ demi views. Jelas mereka, content creator sebegini memburukkan nama content creator lain yang ikhlas mencipta video berfaedah.

Kredit: X @twtbiy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas