Connect with us

Oh! Media

Trending

“Pada Awalnya Cuba-Cuba Sahaja” – Remaja 16 Tahun Ketagih Syabu Dicekup

Umum mengetahui, masalah penyalahgunaan serta ketagihan barang terlarang seperti dadah merupakan salah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh masyarakat kini.

BACA: Ibu Tunggal ‘Longlai’ Keluar Mahkamah, Dijatuhi Hukuman Mati Edar Dadah

IKLAN

Bukan sahaja golongan dewasa, tetapi golongan remaja di bawah umur juga tidak terlepas dari terlibat dalam perkara terkutuk ini sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya.

Remaja berumur 16 tahun dicekup, terlibat dalam ketagihan Syabu

Namun, hal tersebut turut berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 16 apabila dirinya dicekup oleh pihak polis kerana terjerumus dalam penagihan dadah di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang.

Dia dicekup dalam Operasi Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut remaja tersebut, dia mengakui terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini selepas dia berhenti sekolah pada tingkatan dua setahun yang lalu.

Pada awalnya, dia hanya ingin mencuba selepas mendapat pengaruh yang kuat dari rakan sebaya. Selepas menjadi ketagih, dia sanggup mencari rakan-rakan yang mempunyai barang terlarang itu.

Mula-mula cuba-cuba sahaja dengan ‘menumpang’ barang daripada rakan-rakan sebelum terus ketagih.

Kali terakhir saya menghisap syabu malam tadi dan dicekup bersama seorang rakan di rumahnya pagi tadi.

Remaja berusia 16 tahun yang ditahan. (Sumber: Kosmo!)

Bagaimanapun, dia mengakui pernah cuba untuk berhenti namun gagal kerana kesan yang sangat teruk sehingga membuatkan dirinya berasa gelisah jika tidak mengambil dadah.

Saya memang nak berhenti ambil dadah tetapi tidak boleh kerana terlalu ketagih dan pernah dipukul ayah kerana dia mendapat tahu saya mengambil dadah. Saya juga berjanji akan berhenti menagih.

Saya pernah cuba untuk tidak mengambil syabu bagaimanapun kesannya sangat teruk dan membuatkan rasa gelisah sepanjang hari.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Mohd Shahrizal Mohd Salleh, agenda utama operasi ini adalah inisiatif bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah membabitkan 13 kawasan berisiko di Selangor.

Hasil serbuan itu, seramai 87 individu yang berusia antara 16 hingga 51 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine, opiat serta ganja.

Kredit: Kosmo! I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas