Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Punyai Pokok Keladi Emas 916, Harga Cecah RM100k?

Oh! Tidak

Lelaki Ini Punyai Pokok Keladi Emas 916, Harga Cecah RM100k?

Memiliki pokok hiasan seperti keladi eksotik seakan-akan menjadi kegilaan ramai ketika ini sehingga ia menjadi fenomena dalam urusan penjualan.

ADVERTISEMENT

BACA : Apa Hukum Menjual Beli Pokok Keladi Dengan Harga Melampau? Ini Penjelasan Mufti

Harga pokok ini dikatakan mampu mencecah ribuan ringgit dan jangan terkejut kerana ada yang sanggup berhabis wang ringgit demi hobinya itu.

Menurut laporan Kosmo, seorang penjual baka keladi import memiliki pokok keladi Alocasia New Guinea Gold yang digelar keladi emas 916 dengan harga mencecah RM100,000. Biar betul? Harga dah macam Honda Civic.

Pemiliknya yang bernama Muhamad Fathi Mat Jat memberitahu pada lima tahun lalu, dia membeli sebatang pokok jenis itu pada harga RM80 sahaja untuk dijadikan induk kepada seorang wanita dari Kuala Lumpur. 

Kini, induk yang saya miliki setinggi 2.7 meter dan mengikut pasaran harganya lebih RM100,000.

Katanya, induk ini mampu menghasilkan sebanyak 2,000 anak pokok. Buat masa ini, Fathi masih belum mempunyai hasrat untuk menjualnya lagi.

Keladi ini memiliki keunikan tersendiri apabila tekstur batang pokoknya berwarna kuning ke­emasan sehingga digelar keladi emas 916 dalam kalangan peminatnya

Induk ini mampu menghasilkan sehingga 2,000 anak pokok sekali gus dan saya bagaimanapun tidak berhasrat untuk menjualnya.

Pada mulanya, ia hanyalah sekadar hobi apabila dia menanam pokok tersebut dirumahnya. Bagaimanapun, dia kini telah menjadi seorang pembekal baka keladi yang ‘rare’ di Kelantan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas