Connect with us

Oh! Media

“Hanya Mendoakan Keselamatan Semua..” – Raja Bomoh Nafi Upacara Bertentangan Syariat Islam

raja bomoh

Trending

“Hanya Mendoakan Keselamatan Semua..” – Raja Bomoh Nafi Upacara Bertentangan Syariat Islam

Tular di media sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh membuat upacara menolak banjir telah membuatkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan atas perbuatan tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: JAIPk Siasat Ritual Tolak Banjir, Upacara ‘Raja Bomoh’ Diharamkan Sejak 2015

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki tersebut telah membuat laporan polis dan menafikan upacara yang dibuatnya itu bertentangan dengan akidah dan syariat islam.

Hanya mendoakan keselamatan penduduk supaya tak berlaku banjir

raja bomoh

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, laporan tersebut telah diterima pada jam 12.30 tengah malam semalam di Balai Polis Teluk Intan dengan menafikan perbuatan tersebut tidak bertentangan dengan akidah dan syariat islam.

Sebaliknya mendakwa ia hanya mendoakan keselamatan semua penduduk supaya tidak berlaku banjir.

Laporan ini juga dirujuk kepada pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan.

Upacara tersebut difahamkan berlaku di tepi Sungai Perak berhampiran sebuah kuil di Dataran Sungai Perak, Teluk Intan.

Apa-apa pun, kalau kita nak berdoa, buatlah seperti biasa dengan menadah tangan kepada Allah dan buat ikut cara yang sepatutnya. Tidak perlulah berlebih-lebihan sampai mencetuskan salah faham di antara satu sama lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas