Connect with us

Oh! Media

Kes Seret ‘Oyen’ Di Jalan Raya, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Kes Seret ‘Oyen’ Di Jalan Raya, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

Baru-baru ini yang menjadi tular di media sosial iaitu sebuah video berdurasi 35 saat memaparkan seorang penunggang motosikal sedang menyeret seekor kucing di atas jalan raya sebelum pihak polis menahannya bagi membantu siasatan pada awal bulan Jun.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video)Tular Video Seret ‘Oyen’, Seorang Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Azizul Salahuddin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini di atas pertuduhan menyeret kucing di atas jalan raya pada 4 Jun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Adilah Mokhtar.

Menurut pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didapati secara tidak munasabah menyebabkab penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan tersebut dengan menyeret kucing di atas jalan raya di Jalan Attaduri, Langkap.

Tertuduh, Azizul Salahuddin, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan, selepas selepas pertuduhan dibacakan. (Sumber: Harian Metro)

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum mengikut akta sama yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail, manakala tertuduh diwakili oleh peguam yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresan.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas