Connect with us

Oh! Media

(Video)Tular Video Seret ‘Oyen’, Seorang Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Lelaki Seret Oyen

Trending

(Video)Tular Video Seret ‘Oyen’, Seorang Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Baru-baru ini viral di media sosial apabila tularnya sebuah video berdurasi 35 saat memaparkan aksi ‘kejam’ yang dilakukan oleh seorang lelaki yang dipercayai menyeret seekor kucing ketika dia sedang munggang motosikal sekaligus mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Memetik laporan Kosmo, kesan daripada video yang tular itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video yang tular berlaku di Kampung Melayu, Langkap semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan ketika hadir untuk menyerah diri di Balai Polis Langkap pada pukul 9 malam bagi membuat laporan polis untuk menafikan berita yang tular itu.

IKLAN

Menurut suspek, tujuan sebenar dia menangkap kucing itu adalah untuk dibuang di kawasan kedai makan berhampiran rumahnya. Semasa dalam perjalanan, kaki depan kucing itu terkeluar dari jaring sauk menyebabkan kucing itu terseret di atas jalan.

Walaubagaimanapun, suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas mengambil keterangan lelaki terbabit dan kes disiasat di bawah seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Aiman Danish merakam aksi penunggang motosikal dipercayai menyeret seekor kucing di atas jalan raya yang mana kucing tersebut tersangkut di sebuah jaring menyebabkan kaki dan badannya terseret.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebok Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas