Connect with us

Oh! Media

Kelantan Buka PPV Sementara Di Masjid & Surau, Menteri Agama Ucap Tahniah

Trending

Kelantan Buka PPV Sementara Di Masjid & Surau, Menteri Agama Ucap Tahniah

Bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Kelantan telah membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa lokasi membabitkan masjid, surau dan pondok.

ADVERTISEMENT

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, enam lokasi melalui program outreach vaksinasi itu akan beroperasi selama lima hari dengan sasaran 400 suntikan sehari di setiap PPV.

Walaupun ia dilaksanakan di masjid tetapi tidak terhad kepada golongan Muslim sahaja. Malah ada juga 10 hingga 20 peratus golongan bukan Muslim turut hadir untuk mendapatkan suntikan di PPV sementara ini.

Beliau yang ditemui wartawan Bernama berkata, setakat ini seramai 600 orang telah menerima suntikan vaksin di PPV sementara tersebut.

Pihak kami juga mendapat sokongan daripada penggawa serta Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menjalinkan kerjasama bagi mengumpul nama-nama selain mereka yang sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin.

Tambah beliau lagi, inisiatif yang diambil ini untuk memudahkan pergerakan penerima vaksin dan memastikan penduduk mendapatkan suntikan secepat mungkin.

Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa sambutan masyarakat Kelantan untuk menerima suntikan vaksin semakin baik.

Sementara itu,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi perkongsian di laman Facebook mengucapkan tahniah di atas usaha baik ini.

Foto: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pihak Berkuasa Agama Negeri atas usaha yang amat baik ini.

Di ruangan komen, orang ramai turut memberi respon positif memuji pendekatan diambil kerajaan pusat untuk memastikan penduduk setempat menerima suntikan vaksin.

Kredit: Bernama , Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas