Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Lelaki Jadi Mangsa Pedofilia Di Rumah Pengasuh

Oh! Tidak

Kanak-Kanak Lelaki Jadi Mangsa Pedofilia Di Rumah Pengasuh

Pedofilia seperti yang kita tahu adalah sejenis gangguan seksual dalam bentuk nafsu seksual terhadap remaja atau kanak-kanak yang berumur di bawah 14 tahun.

Kalau tengok kes pedofilia ni bukan dekat luar negara je ada, dekat Malaysia pun dah banyak kes laporan yang diterima berkaitan pedofilia.

Isnin lalu pihak polis ada menerima satu laporan berkaitan seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan telah menjadi mangsa amang seksual kepada anak pengasuhnya sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu telah diketahui oleh ibu mangsa selepas anaknya ada memberitahu yang dia tidak selesa apabila berada di rumah pengasuhnya.

Mangsa turut memberitahu bahawa suspek (anak pengasuh) ada menarik tangannya dan membuat isyarat supaya menyuruh dia menghisap kemaluannya semasa berada di dalam bilik.

Kemudian suspek lelaki itu mencium mulut mangsa yang berusia lapan tahun sebelum memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.

Difahamkan perbuatan itu berlaku sebanyak dua kali di rumah pengasuh terbabit. – Katanya.

Untuk mengelakkan kejadian itu diketahui oleh orang lain suspek memberitahu mangsa supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

Suspek berusia 29 tahun ditahan di rumahnya kira-kira jam 11 pagi pada keesokan hari selepas ibu kanak-kanak yang berusia 30-an itu membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – Katanya.

Makin gila dah dunia sekarang ni, macam-macam kes pula tu dilaporkan setiap hari. Semoga di jauhkan la benda-benda macam ni terjadi dekat anak-anak dan ahli keluaga kita.

Kredit: Sinar Harian

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top