Connect with us

Oh! Media

“Berhenti Mengaitkan EY Beauty Empire Dengan Kegiatan Dadah.” – Zalina Zahari

Trending

“Berhenti Mengaitkan EY Beauty Empire Dengan Kegiatan Dadah.” – Zalina Zahari

Viral semalam tentang kisah seorang usahawan kosmetik bergelar ‘Datuk Seri’ ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kes penyeludupan dadah.

ADVERTISEMENT

BACA : Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Dicekup Edar Dadah Bernilai RM5 Juta

For sure, ramai netizen yang berteka-teki siapa agaknya ‘Datuk Seri’ tersebut dan syarikat apa yang terlibat? Dan antara nama yang disebut-sebut ialah syarikat kosmetik EY Beauty Empire.

Tapi, pengasasnya yang juga pengarah urusan EY Beauty Empire Sdn Bhd, Zalina Zahari menafikan individu yang terlibat ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya seperti yang didakwa netizen.

“Saya ingin menegaskan lelaki berkenaan tiada kaitan langsung dengan syarikat saya selain menafikan EY Beauty Empire Sdn Bhd terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.” – katanya.

Memang beliau ada berurusan dengan lelaki tu, tapi cuma sekadar nak promote produk pada bulan Julai dan Ogos lalu. Bahkan, beliau tak tahu pun yang dia terbabit dengan penyalahgunaan dadah sehinggalah viral berita semalam. Sebab waktu berurusan, lelaki tu kata yang dia business kontraktor, balak dan kayu gaharu.

“Isteri lelaki berkenaan pula saya hanya dikenali ketika berurusan berkaitan sewa dewan dan meminta bantuan saya untuk mengeluarkan produk kosmetik.” – tambahnya.

Jadi, untuk membersihkan nama syarikat, Zalina pun telah tampil untuk buat laporan polis. Yelah, bila orang lain dah tuduh melulu, Zalina kena lah tegakkan kebenaran. Beliau juga mohon agar netizen berhenti kaitkan syarikatnya dengan kegiatan dadah di social media sebab boleh mengundang fitnah dan jatuhkan nama syarikat.

“Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang melalui saman sivil terhadap mereka yang membuat posting mengaitkan EY Beauty Empure dengan kegiatan dadah.” – tambahnya.

Harapnya para netizen clear lah ya dengan apa yang berlaku. Jangan main tuduh tanpa usul periksa. Tak pasal-pasal tersebar pula cerita tak betul nanti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas