Connect with us

Oh! Media

“Haziq Meninggal Bukan Disebabkan Vaksin” – KKM Perjelas Punca Kematian Atlet Pemanah Malaysia

COVID-19

“Haziq Meninggal Bukan Disebabkan Vaksin” – KKM Perjelas Punca Kematian Atlet Pemanah Malaysia

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang atlet pemanah Malaysia, Allahyarham Haziq Kamaruddin yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.37 pagi tadi dan kematian beliau bukanlah disebabkan oleh Vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr. Zahari Noor berkata, hasil bedah siasat menunjukkan kematian Haziq berpunca daripada komplikasi salur darah jantung tersumbat berikutan perubahan Arterosklerosis (Coronary Artery Atherosclerosis).

Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisis makmal dan tiada bukti untuk mengaitkan kematian Allahyarham Haziq berpunca daripada vaksinasi Covid-19.

Kenyataan yang dikeluarkan berhubung hasil bedah siasat Allahyarham Haziq di Laman Facebook KKM.

Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut.

Jenazah Haziq, 28, selamat dikebumikan di kampung halaman isterinya di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Jasin, Melaka, kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

Kesempatan ini, kami dari Oh! Media ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haziq dan semestinya, kehilangan beliau amat dirasai oleh rakyat Malaysia.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top