Connect with us

Oh! Media

KKM Beri Respon Mengenai Dakwaan Hospital Melaka Cuai Jadi Punca Tangan Bayi Bengkak

Oh! Tidak

KKM Beri Respon Mengenai Dakwaan Hospital Melaka Cuai Jadi Punca Tangan Bayi Bengkak

Semalam tular mengenai satu dakwaan tentang kecuaian yang dilakukan pihak Hospital Melaka. Pendedahan ini dilakukan seorang individu di Facebook yang dikenali sebagai Mohamad Izwan.

ADVERTISEMENT

BACA : “Mana Korang Belajar?” – Individu Dakwa Hospital Melaka Cuai Jadi Punca Tangan Bayi Bengkak

Terkini! Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat mengenai dakwaan tersebut. Hal itu juga mungkin berlaku disebabkan prosedur biasa, bukan semua kes boleh diletakkan di bawah ‘medical legal’ dan perkara ini dikatakan sendiri Menterinya, Zaliha Mustafa.

Sebenarnya kita kena tengok juga kes yang bagaimana, bukan semua kes boleh diletakkan di bawah ‘medical legal’ kadang-kadang ia disebabkan prosedur biasa.

Contoh bengkak tangan akibat daripada prosedur injection (suntikan) itu adalah biasa dan kita akan beri rawatan yang sepatutnya kepada pesakit.

Semalam, seorang individu mendakwa anak saudaranya yang berusia kurang dari 2 bulan pergi ke hospital berkenaan mendapatkan rawatan kerana demam campak. Tapi lain pula jadinya selepas doktor meminta untuk lakukan pembedahan mengeluarkan nanah di bahagian tangan yang bengkak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas