Connect with us
doktor malaysia mogok

Oh! Tidak

Lebih 12,000 Doktor Malaysia Mogok Selama 3 Hari, Minta Rakyat Dapatkan Rawatan Di Klinik Atau Hospital Swasta

Doktor Malaysia mogok? Bermula hari ini, sekumpulan doktor kontrak telah merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari dan tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk melakukannya.

Memetik laporan Berita Harian Online, kumpulan ini menamakan diri mereka sebagai Mogok Doktor Malaysia dan mendakwa memiliki seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan sertai kempen ini.

IKLAN

Para petugas yang menyertai mogok itu tidak akan hadir bertugas selama tiga hari dengan alasan mengambil cuti sakit atau cuit kecemasan.

Doktor Malaysia mogok!

doktor malaysia mogok

Lakukan mogok selepas hilang kepercayaan…

Kami sudah hilang kepercayaan terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) dan ahli politik yang menabur janji palsu. Doktor kontrak ialah pekerjaan mulia, bukan kuli.

Jurucakap kumpulan itu juga memaklumkan sudah mengeluarkan notis awal supaya orang untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta.

Pesakit mengambil risiko sendiri jika pergi ke hospital awam atau klinik kesihatan. Kami sudah memberi notis awal tapi kami berharap tiada kemalangan jiwa berlaku.

Lapor Sinar Harian, kumpulan doktor kontrak yang melakukan mogok telah membuat enam tuntutan kepada kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Antaranya, menyerapkan doktor kontrak ke dalam jawatan tanpa sebarang syarat atau temuduga, gaji pokok pakar dengan pegawai perubatan dinaikkan dan waktu ‘on call’ dikurangkan tidak melebihi enam kali sebulan.

KKM beri amaran untuk tidak terlibat mana-mana perhimpunan haram…

Kredit: Berita Harian | Sinar Harian | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas