Connect with us

Oh! Media

Geng Curi Ekzos Tumpas

Trending

Geng Curi Ekzos Tumpas

Sekumpulan penjenayah yang dikatakan aktif mencuri ekzos kenderaan di sekitar Gombak telah pun ditahan selepas pihak polis berjaya menahan 15 ahli kumpulan dan dua warga Bangladesh.

ADVERTISEMENT

Risikan dan serbuan di Gombak, Rawang dan Sentul telah dibuat pada 27 November lalu, apabila mereka menerima beberapa laporan kehilangan ekzos.

Ketua Polis Daerah Gombak, Assisten Komisioner Arifai Tarawe pula berkata, mereka telah menahan 15 lelaki berusia antara 27 hingga 56 tahun dan termasuk pemilik kedai besi buruk.

Hasil serbuan, polis berjaya rampas bermacam-macam jenis tabung ekzos kenderaan yang telah dicuri. Polis juga ada menemui semula ekzos yang sudah dipotong dan dijual di premis besi buruk serta kedai lerai komponen kenderaan.

Mereka selalunya akan menjual ekzos pada harga antara RM500 sehingga RM2,000 mengikut jenis dan ekzos terbabit turut digunakan untuk melenturkan barang berharga.

Suspek melakukan kegiatan pada waktu malam dan mensasarkan kenderaan yang parkir di luar premis dan kediaman. 

Mereka juga guna jet tayar untuk angkat kenderaan sebelum memotong ekzos. – Kata Arifai.

Arifai berkata, pihaknya masih lagi sedang menyiasat pembabitan kumpulan itu dan dia percaya ada yang tidak membuat laporan polis mengenai kehilangan ekzos kenderaan mereka.

Perghhh, memang dah tak ada kerja yang lebih berfaedah gamaknya nak dibuat. Tak pasal-pasal ekzos orang lain juga yang jadi mangsa.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas