Connect with us

Oh! Media

Trending

“Mulanya Ingatkan Kereta Saya Rosak, Tiba-Tiba Ada Orang Hantar Video” – Chook


Pernah terbayang tak kalau anda tengah berehat dengan keluarga dekat rumah, tiba-tiba Ah Long datang? 

Haaa, itulah yang terjadi kepada tujuh sekeluarga yang dikatakan sedang menikmati masa bersama di rumah dan terkejut apabila mereka terdengar bunyi letupan kuat pada Rabu lalu.

IKLAN

Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Chook, 30, berkata dia telah mendengar letupan kuat di luar rumahnya di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada sekitar pukul 9 malam.

Apabila dia bergegas keluar, dia mendapati bahagian hadapan keretanya telah terbakar.

Mulanya saya ingat ada kerosakan pada kereta sampai boleh terbakar. Tiba-tiba lepas tu saya ada terima video yang dikirim oleh satu nombor telefon daripada Singapura, yang menunjukkan ada seorang lelaki membakar kereta saya.

Penghantar mesej itu memberitahu suami saya yang juga buruh binaan di Singapura ada berhutang $4,000 (RM12,176) dan mengancam akan membahayakan nyawa kami jika ia tidak dibayar. – Kata Chook.

Chook berkata, Ah Long tersebut turut menyimpan gambar kad pengenalan dan permit kerja suaminya. Mereka juga dikatakan turut menuntut sejumlah hutang bernilai S$3,000 (RM9,140).

Dia percaya maklumat suaminya telah disalah gunakan kerana hanya majikan suaminya sahaja yang mempunyai dokumen itu untuk tujuan kerja.

Kami buat keputusan membayar S$3,000 kepada Ah Long pada keesokan harinya, walaupun kami tidak meminjam wang kerana takut keluarga kami akan diapa-apakan. – Katanya.

Kos untuk membaik kereta yang terbakar itu dianggarkan dalam RM20,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Kredit: The Star

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas