Connect with us

Oh! Media

Empat Individu Ditahan, Sewa Ambulans Untuk Rentas Negeri

Trending

Empat Individu Ditahan, Sewa Ambulans Untuk Rentas Negeri

Merentas negeri atau daerah merupakan perkara yang sering dinantikan oleh masyarakat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Cubaan Kedua Rentas Daerah Gagal, Kali ini Guna Rakit Gabus

Lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelonggaran bagi masyarakat yang sudah lengkap mendapatkan dos suntikan.

Namun syarat yang telah ditetapkan mungkin menghalang mereka melakukan perkara itu sehingga sanggup menggunakan taktik ‘kotor’ untuk merentas.

Sewa Ambulans swasta untuk rentas negeri

Perkara sama turut berlaku apabila terdapat sekumpulan individu sanggup menggunakan khidmat ambulans swasta untuk pulang ke kampung halaman.

Menurut laporan Kosmo, cubaan mereka bagaimanapun gagal apabila pihak polis berjaya mengesan dan menahan empat individu dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 6.15 petang dan pihak polis telah menahan suspek berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun selain turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun.

Difahamkan, mereka ingin pulang ke kampung halaman yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.

Suspek telah menyewa ambulans swasta berkenaan yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia, Temerloh dengan dikenakan bayaran kira-kira RM1,300.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd Yusof berkata, empat individu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Hal ini kerana semasa pemeriksaan dijalankan oleh pihak polis, mereka gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran daripada polis.

Empat individu iaitu dua penumpang wanita dan juga dua lelaki yang merupakan pemandu dan pembantu pemandu ditahan untuk siasatan lanjut.

Kesemua mereka ditahan ketika pemeriksaan yang dilakukan oleh polis di SJR berhampiran Kampung Belenggu yang mana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada polis.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pihak polis juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkenaan suspek.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas