Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Cubaan Kedua Rentas Daerah Gagal, Kali ini Guna Rakit Gabus

Trending

(VIDEO) Cubaan Kedua Rentas Daerah Gagal, Kali ini Guna Rakit Gabus

Di musim pandemik ini, banyak aktiviti diterhadkan dan kebanyakan masyarakat dihalang untuk rentas daerah atau negeri bagi mengelakkan penularan wabak berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Mahu Rentas Daerah, Lelaki Sanggup Berenang Ke Seberang Perai

Pelbagai cubaan pelik dilakukan oleh masyarakat untuk merentas termasuklah bersembunyi dalam kereta, memalsukan borang rentas dan sebagainya.

Namun, terdapat sebuah kejadian pelik yang mana seorang individu lelaki sanggup melakukan percubaan merentas negeri menggunakan rakit gabus.

Rentas daerah dengan pelampung gabus

Menurut laporan Kosmo, seorang lelaki didakwa melakukan percubaan untuk merentas daerah melalui jalan laut dengan menggunakan pelampung gabus.

Gambar cubaan individu merentas daerah menggunakan kabus

Kejadian dikatakan berlaku di bahagian pulau di Pulau Pinang ke tanah besar apabila individu tersebut dikesan menaiki sebuah pelampung gabus jenis styrofoam semalam.

Bagaimanapun, aksi tersebut gagal apabila dia dikesan pihak berkuasa ketika berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan sebuah bot.

Tular di media sosial

Kejadian itu bagaimanapun tular di media sosial apabila tersebar beberapa keping gambar dan video berkenaan kejadian itu.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat meniarap pada bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter yang dijadikan rakit untuk merentas daerah.

Individu itu yang mengenakan pakaian berseluar pendek dan kemeja-T bewarna biru dilihat membawa sebuah beg galas sambil menyarungkan kain pelikat pada tubuhnya.

Individu sama di Seberang Perai

Menurut pengguna Facebook, dia mendakwa lelaki pada video berkenaan merupakan individu sama yang diselamatkan semasa percubaan merentas daerah ke Seberang Perai.

Kejadian terdahulu memaparkan tindakan lelaki berumur 28 tahun itu yang sanggup berenang sebelum diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd.

Lelaki tersebut mengambil keputusan berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town ke Seberang Perai.

Tindakan menggunakan rakit kabus dipercayai merupakan percubaan kedua untuk merentas daerah, namun gagal oleh kerana dikesan pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, pihak polis telah memberikan amaran kepada masyarakat bahawa kegiatan merentas daerah masih tidak dibenarkan ketika negeri ini berada di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas