Connect with us

Oh! Media

Polis Kelantan Rampas RM10.9 juta Dadah, Disorok Dalam Semak

Trending

Polis Kelantan Rampas RM10.9 juta Dadah, Disorok Dalam Semak

Di Tumpat Kelantan, seorang penganggur berusia 32 tahun ditahan dipercayai menjadi ‘transporter’ dadah. Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah serta positif methampethamine.

ADVERTISEMENT

BACA: Demi Dadah, Wanita Sanggup Sewakan Anak Sendiri Menjadi Pelacur

Suspek ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 10.05 pagi kelmarin di Kampung Bendang Pak Yong.

Memetik laporan Harian Metro, penahanan suspek berjaya menemukan 80 kilogram (kg) syabu serta 804,000 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM10.9 juta.

dadah
Sumber foto: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, suspek yang merupakan warga tempatan itu sudah berada di bawah pemantauan pihak berkuasa sejak enam bulan lalu, selepas sebahagian ahli sindiket pengedaran dadah ditahan dalam tangkapan terdahulu.

Suspek yang memandu kereta jenis Honda Jazz cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dan pemeriksaan dalam kenderaan itu menemukan 0.1 gram dadah jenis heroin serta dua liter air ketum.

Susulan daripada soal siasat dijalankan, jam 2 petang hari sama, suspek dibawa ke lokasi di Kampung Kuala Jambu sebelum pihak berkuasa menemukan syabu dan pil kuda bernilai RM10.9 juta.

Tambah beliau, dadah tersebut ditemukan tersorok dan suspek dipercayai menunggu waktu yang sesuai untuk diedarkan.

Sekadar gambar hiasan

Bekalan itu diperoleh dari negara jiran untuk pasaran luar Kelantan yang mana syabu yang dirampas itu boleh digunakan oleh 400,000 penagih manakala pil kuda pula dijangka lebih 800,000 orang.

Beliau yang ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat hari ini berkata suspek ditahan reman selama seminggu bermula semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Sehingga kini, pihaknya masih mengesan saki baki anggota sindiket yang lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas