Connect with us

Oh! Media

Elon Musk Terdiam, Roket SpaceX Misi Ke Marikh Meletup Lagi

Oh! Tidak

Elon Musk Terdiam, Roket SpaceX Misi Ke Marikh Meletup Lagi

Elon Musk hanya mampu berdiam, itulah apa yang ditunjukkan Elon dalam sidang media selepas prototaip roket SpaceX yang sepatutnya berjaya meletup.

ADVERTISEMENT

Roket SpaceX yang dalam ujian untuk melakukan penjelajahan ke Marikh itu terhempas dan meletup ketika cuba mendarat dengan tegak. Ini adalah kegagalan yang kedua kalinya selepas ia gagal pada Disember tahun lalu.

Kami mempunyai satu lagi penerbangan hebat. Kami hanya perlu berusaha untuk memperbaiki sedikit pendaratan itu. – Kata pihak SpaceX.

Roket SpaceX yang diberi nama SN9 itu bermula dengan baik dan berjaya mencapai ketinggian 10km. Ia juga berjaya membuat beberapa pergerakan ujian dalam posisi ‘belly flop’. Tapi sewaktu cuba mendarat dalam posisi menegak, di situlah masalah bermula kerana ia terlalu laju dan terus meletup dengan sangat kuat.

Seram juga, memang kena buat ujian betul-betul sebelum letakkan angkasawan dalam misi ke Marikh nanti.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top