Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Ini Akan Jadi Kenangan Terakhir” – Anak Sulung Noor Rahiza Dedah Jenazah Ibu Sempurna

noor rahiza

Trending

“Mungkin Ini Akan Jadi Kenangan Terakhir” – Anak Sulung Noor Rahiza Dedah Jenazah Ibu Sempurna

“Rahang mama patah tapi Alhamdulillah jenazah sempurna”, itulah apa yang dikongsikan anak sulung kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter ATM semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Buah Helikopter ATM Bertembung Di Udara, 10 Anggota Terkorban

noor rahiza

Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor yang baru berusia 16 tahun itu turut berkongsi saat terakhir berjumpa dengan ibunya pada pagi sebelum pergi ke sekolah yang terletak di kuaters Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Noor Rahiza semangat ambil gambar hari raya untuk buat kenangan terakhir…

Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin.

Masa hari raya lepas, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.

Lepas tu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan.

BACA: “Itu Gambar Baharu, Hari Ini” – Anak Buah Terkejut Lihat Maksu Terlibat Nahas Helikopter ATM Bertembung

Qistina turut memaklumkan ini merupakan kali pertama ibunya menyertai program sempena Sambutan Hari TLD.

Rahiza meninggalkan suami dan empat orang anak itu akan dikebumikan di Yan, Kedah. Al-Fatihah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas